« February 2018 »
S M T W T F S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
My Blog
Thursday, 15 May 2008
PARLIMEN TEMPAT ORANG BERTAMADDUN
Mood:  cool

"Tingkahlaku Ahli Parlimen semasa bersidang di Dewan adalah gambaran tahap ketamaddunan mereka"

Mungkin ada Ahli Parlimen yang merasa diri mereka lebih cerdik, pandai, berkuasa dan lupa asal usul marah dengan kenyataan ini. tetapi...wahai ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan... janganlah marah. Bacalah tulisan ini hingga tamat, sandar baik-baik pada kerusi empuk dalam bilik hawadingin anda, ambil cermin, suluh muka dan suluh hati, buang bongkak dan sombong itu... renung dalam-dalam dalam diri sendiri... renungnya... renung muka anda, renung hati anda wahai Yang Berhormat...

 

kali pertama perbahasan tahun 2008, ahli parlimen dipandang seperti orang tak bertamaddun. Mungkin kerana terkejut kerana tiba-tiba dapat jadi ahli parlimen. Atau terping-pinga dan rasa hendak segera menunjukkan kepada rakyat yang dia boleh bercakap, maka dicakapkan apa yang hendak dicakap, cara bercakap apa peduli... kan aku ni ahli parlimen, siapa nak kacau...

 

Atau ada YB Parlimen ini orang baru, terpinga-pinga dalam dewan besar yang sejuk, terasa nak bag panas... nak mula bercakap bagi pihak rakyat, konon, nak bagi rakyat kata dia lantang memperjuangkan rakyat... maka berbahaslah mereka di Parlimen... maaf... bukan berbahas... bertekak agaknya lebih tepat....

 

orang berbahas biasanya menggunakan bahasa yang lunak, jelas dengan nada yang ampuh menggoda tampa perlu menjerit melalak melolong...menghentak meja, mencelah dengan biadap... itukah agaknya golongan 'highclass"?. Bertamaddun agaknya?

 

Satu ayat yang diucapkan oleh seorang pengunjung kedai mamak, yang duduk di meja depan saya, minum kopi o saja, kata dia...

"kalau macam tu ragam ahli parlimen berbahas, macam orang tak bertamadun, kita lagi baik, konon nak jadi pembela rakyat.. asyik bertekak, menghina sesama ahli parlimen bertamadun apa, ahli parlimen apa?"

 

maka seorang lagi menyahut... " kalau macam ni ragam dia orang dalam dewan, live pulak tu, di luar dewan lagi la parah perangai ahli-ahli parlimen ni".

 Wahai ahli parlimen, pandangan ni pandangan kami sebagai rakyat. Macam tu lah kami nampak wajah ahli parlimen sebenar nya....yang baik dan ok tu ok lah, yang parah, keje bertekak dan melalok dalam dewan tu memang tak layak jadi ahli parlimen....2012 berhenti lah....

 

Masa di sekolah dulu hali-ahli parlimen ni baik sebab belajar pendidikan moral, tatarakyat, belajar bahasa yang baik, bahasa tamil, bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa cina dan bahasa-bahasa lain. Tak ada pula di ajar dalam Tatarakyat tu perkata menghina manusia lain, menghina Raja macam dibuat oleh salah seorang ahli parlimen. Disekolah dulu cikgu ajar macam mana nak hormat orang, nak bercakap, nak bagi pandangan, nak jawab soalan, nak ucap selamat. Tapi bila dah jadi orang besar kenapa tak guna semua tu?. Kenapa jadi sombong dan bongkak dengan jawatan, kenapa perlu jadi biadap, kenapa perlu bertingkahlaku macam orang talk bertamadun. Katanya semua dah sampai ke universiti, ada Diploma, Ijazah dan Master, ada yang dah ada PhD. tapi kenapa tingkahlaku yang dipertontonkan itu low class, low lagi dari budak tadika?.

 

Kononnya ahli parlimen nak tunjuk contoh yang baik. Kepimpinan Melalui Teladan. jangan cakap saja, dan buat macam-macam program nak tingkatkan modal insan, berkokok berdegar-degar, ekor bergelumang tahi. Ketam mengajar anak berjalan betul... tunjukkan contoh yang baik bukan pedoman yang tak sihat atau kata orang Psikologi 'mentakl disorder' . jangan sampai rakyat gelar pemimpin busuk, buruk dan berkecamuk.

 

Ahli Parlimen perlu beradap soapn. Kalau nak rakyat hormati peraturan yang dibuat dalam negara, ahli parlimen juga kena ikut dan hormat. Ahli parlimen kena hormat ketua, hormat peraturan, undang-undang, akta dan macam-macam lagi yang rakyat kena hormat. Ahli parlimen kena akur peraturan mesyuarat dan berbahas, kalau semua arahan Yang Dipertua Dewan pun nak di sanggah, dewan dah jadi macam kandang kerbau lah. Kandang kerbau ada kerbau, kita tak mahu parlimen jadi kandang kerbau... kerbau yang bawa lumpur tu seekor dua saja...yang kena lumpurnya banyak lagi. Ini yang tak adil. Tulisan ni tak kata semua ahli parlimen Malaysia semuanya tak bertamadun. Ramai yang bertamaddun, tapi yang tak bertamadun tu sedar-sedar lah diri.. Semak tengaok tingkah laku tu bertamadun atau tidak dalam dewan dan luar dewan.

 

Berbahas dengan berhemah, jadi ahli parlimen berhemah. "Towering Personality", kata Pak lah. Julangkan personaliti semua ahli parlimen dulu, Bagi betoi oghang-oghang ni dulu... depa ni kena hantar masuk kelas moral dan Tatarakyat supaya depa boleh faham apa itu budi bahasa, tatacara menjadi pemimpin. Kalau nak jadi pemimpin, jadi yang berhemah tinggi, kalau tak jadilah pengikut yang baik.

Kita tak mahu rakyat marhein macam kami terus jadi mangsa... mangsa ahli parlimen... ye lah... Pembangkang, PKR, PAS, DAP, dan yang kerajaan pun sama , terikut-ikut yang kat Sabah Sarawak pun sama... berpada-padalah, mentang-mentang dah ramai menang, demand nya bukan main lagi, tak cukup demand, paksa, tak cukup paksa, ugut, tak cukup ugut...apa lagi. Sedar dirilah... masa tak ramai menang dulu orang tak pijak pun, orang bagi jugak walaupun suaranya ciput saja.... Bawaklar muhasabah diri Wahai YB-YB. Jangan jadi Yang Bertekak, Yang Berteriak, Yang Berketak..... menang sorak kampung tergadai, 2008 duduk parlin, 2012 melepak kad kedai teh.... Tengok bahasa dan tingkahlaku, Hina atau Mulia? sebab Parlimen hanya untuk orang-orang bertamaddun sahaja. 

 


Posted by wanzainal.com at 2:34 AM EDT
PARLIMEN TEMPAT ORANG BERTAMADDUN
Mood:  cool

"Tingkahlaku Ahli Parlimen semasa bersidang di Dewan adalah gambaran tahap ketamaddunan mereka"

Mungkin ada Ahli Parlimen yang merasa diri mereka lebih cerdik, pandai, berkuasa dan lupa asal usul marah dengan kenyataan ini. tetapi...wahai ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan... janganlah marah. Bacalah tulisan ini hingga tamat, sandar baik-baik pada kerusi empuk dalam bilik hawadingin anda, ambil cermin, suluh muka dan suluh hati, buang bongkak dan sombong itu... renung dalam-dalam dalam diri sendiri... renungnya... renung muka anda, renung hati anda wahai Yang Berhormat...

 

kali pertama perbahasan tahun 2008, ahli parlimen dipandang seperti orang tak bertamaddun. Mungkin kerana terkejut kerana tiba-tiba dapat jadi ahli parlimen. Atau terping-pinga dan rasa hendak segera menunjukkan kepada rakyat yang dia boleh bercakap, maka dicakapkan apa yang hendak dicakap, cara bercakap apa peduli... kan aku ni ahli parlimen, siapa nak kacau...

 

Atau ada YB Parlimen ini orang baru, terpinga-pinga dalam dewan besar yang sejuk, terasa nak bag panas... nak mula bercakap bagi pihak rakyat, konon, nak bagi rakyat kata dia lantang memperjuangkan rakyat... maka berbahaslah mereka di Parlimen... maaf... bukan berbahas... bertekak agaknya lebih tepat....

 

orang berbahas biasanya menggunakan bahasa yang lunak, jelas dengan nada yang ampuh menggoda tampa perlu menjerit melalak melolong...menghentak meja, mencelah dengan biadap... itukah agaknya golongan 'highclass"?. Bertamaddun agaknya?


Posted by wanzainal.com at 2:08 AM EDT
Sunday, 30 March 2008
Cakap Profesional, bikin juga profesional...
Mood:  happy

Assalamualaikum semua....

Tentu semua orang sedar betapa penting 1 orang untuk semua orang... dan tak penting semua orang untuk satu orang. Semua orang sedar yang satu itu penting... 1 campur satu campur satu jadi banyak.... Yang satu itu adalah satu undi... kita cuba berbincang nanti.. yang satu undi itu apa untung dan apa ruginya bila undi diberi ikut suka hati... 

 


Posted by wanzainal.com at 10:51 PM EDT

Newer | Latest | Older