FirstClassMind.com

Kesejahteraan Mental
Home | Business | IPTS | Stress Management | Psychology Theory | Counsellors Page | Healthy Mind | You Ask For Answer | Parenting | Self Developement | Protect From Drugs | Powerpoint | Career | articles | academic | Marketing | Order Form | Speech List | Muhasabah Diri | IPTA Opportunity | Buy This | Leadership | Manage Official Programme | Self manangement | Motivate Yourself | Powerpoint Topics | VAK | Time Management

 KITA AKAN SIHAT BILA MEMPUNYAI

CIRI PSIKOLOGI YANG SIHAT

 

 

Berikut digariskan beberapa kriteria psikologi yang sihat bagi manusia normal seperti kita. Kriteria ini yang digariskan oleh Ellis & Bernard (1985)menyentuh tentang bagaimana manusi yang sihat berfikir, membuat telahan dan taakulan dan seterusnya bertindak terhadap sesustu perkara. Manusia yang sihat psikologinya tentunya bertindak mengikut kriteria di bawah.

1.                Kepentingan Diri.

Melebihkan sedikit daripada kepentingan orang lain. Sanggup berkorban kepada orang yang disayangi secara munasabah. Inilah yang dikatakan kasihi diri sebelum kasihi orang lain. Berkorban jangan sampai terkorban. Mencari kelebihan dan kesenangan diri terlebih dahulu sebelum memberi kesenangan kepada orang lain. Ini bukanlah mementingkan diri sendiri tetapi hakikat manusi yang ingin membantu orang lain perlulah telah lengkap membantu dirinya.

2.                Berminat Sosial

Boleh hidup bersosial dengan baik. Manusia yang sering menjauhkan diri dari kelompok, rakan, keluar tentunya mengalami masalah penyesuaian diri. Tidak mahu bergaul akan dikatakan sombong, tidak bermajlis dikatakan anti social, tidak berjamaah dikatakan menolak kepentingan. Hakikatnya tiada manusia yang tidak inginkan rakan dan sahabat. Maka manusia normal psikologinya tentunya berminat untuk bersosial dengan cara yang sihat.

3.                Arahan Kendiri

Tahu tanggungjawab dan boleh menguruskan diri sendiri. Inilah mansia yang teguh sihat psikologinya. Bukan undang-undang yang menentukan tanggungjawabnya tetapi konsep kendirinya yang menentukan perlaksanaan tanggungjawabnya. Manusia ini mempunya pegangan yang teguh untuk melaksanakan tanggungjawabnya dalam apa jua keadaan. Ia tahu mengurus dirinya sendiri tanpa bantuan orang lain, cekap merancang waktu, tahu bertindak, mahir mempertimbangkan keputusan dalam segala hal. Inilah criteria manusia yang sihat.

4.                Tahap Toleransi Kekecewaan yang Tinggi

Memberi hak kepada diri dan orang lain untuk membuat kesilapan. Orang begini sangat rasional pemikirannya. Dia tahu bahawa jika ada kejayaan tentu ada kegagalan. Tidak semua manusia berjaya mencapai apa yang dikehendaki. Tuhan menggariskan panduan dalam untung baik dan untung jahat, Qadha dan Qadar. Orang begini mempunya tahap kesabaran yang tinggi, mampu menghadapi cabaran dan kegagalan, tentunya emosinya cukup stabil, jika berjaya, disyukuri, jika gagal, diperbaiki.

Walaupun benci tetapi tidak membuat kutukan atau penghinaan. Jika dihargai orang lain, dia terima jika dikeji, juga diterima.Bijaksana membezakan rasional dan tidak rasional. .Tidak mudah terperangkap dengan perkara negatif. Inilah criteria seorang yang mempunyai cirri psikologi yang teguh.

5.                Fleksibel-Keluwesan.

Terbuka kepada perubahan, berfikiran luas dan tidak rigid. Biasanya orang ini tentunya bersifat terbuka menerima dan memberi, percaya pada ada kelebihan dan kekurangan, Kemungkinan orang lain lebih mengetahui, kita kurang mengetahui. Orang begini biasanya tidak rijid, boleh berbincang dan bersedia menerima pendapat lain. Nilai tolak ansurnya tinggi, budi bicara mengatasi peraturan. Biasanya ia bukan ditakuti tetapi di segani.

6.                Menerima Ketidakpastian

Merancang dan berusaha bersungguh-sungguh dan hasilnya diserahkan kepada Tuhan. Inilah orang yang tentunya boleh menjadi pemimpin yang baik. Dia sentiasa berwaspada dan redha setelah berusaha, bersedia menerima jika gagal. Orang begini tentu emosinya cukup stabil dan tidak mudah menuding jari kepada orang lain.

7.                Bersungguh-sungguh Untuk Mencapai Sesuatu

Keterlibatan untuk mencapai sesuatu bagi tujuan peribadi dan masa yang sama menyumbang kepada masyarakat. Orang begini tidak pentingkan diri. Prinsipnya , 'make myself excellence, i'll make your self excellence". Usahanya untuk diri dan masyarakat akan berterusan, hasad dengaki diketepikan untuk mencapai kejayaan.

8.                Berfikiran Saintifik

Penggunaan pemikiran saintifik untuk merancang matlamat jangka pendek dan jangka panjang dan pada masa yang sama boleh menerima kemungkinan. Sentiasa membuat perkiraan untuk menentukan perancangan berjaya dilaksanakan. Tidak menolak perancangan berasaskan angka tetapi juga bersedia untuk menghadapi kegagalan.

9.                Penerimaan Kendiri

Bersyukur dan menerima diri. Tidak menilai diri kerana faktor luar dan bukan untuk menunjuk-nunjuk atau membuktikan sesuatu. Orang ini mempunyai tahap penilaian diri dari dalam yang sangat tinggi. Dia sendtiasa menilai sendiri apa yang dilakukannya, mencapai tahap atau tidak, bagaimana prestasinya. Orang ini tidak terlalu mengharapkan penghargaan dari luar, pujian melambung atau kurniaan pingat. Dia sentiasa menilai dirinya sendiri dan dia tahu dimana dia berada.

10.          Berkeupayaan Mengambil  Risiko

Suka mencuba, mengambil risiko yang munasabah, menerima kesilapan. Kegagalan bukan perkara terakhir baginya. Kesilapan akan dicari, kelemahan dikenalpasti, kekuatan akan dilihat. Orang ini sentiasa berani mengambil risiso setelah merancang dengan teliti. Kemungkinan SWOT merupakan pegangannya dalam melaksanakan sesuatu tugas.

11.          Kepuasan Jangka Panjang

Sanggup bersusah sekarang demi masa depan. Menenggelamkan kenikmatan untuk sementara. Terus mengukuhkan diri untuk mencapai visi. Manusia yang cekal dan berjaya. Manusia ini sentiasa memikirkan bahawa bersusah payah, tekun gigih dan hadapi cabaran masa ini akan memberikan kesenangan, kemewahan dan kesejahteraan masa hadapan. Dia akan terus kukuh

12.          Sedar Batasan Utopia

Sedar manusia tidak boleh dapat semua yang diingini dan tidak boleh mengelak semua yang tidak disukai. Bertanggungjawab Terhadap Gangguan Emosi . Pegangan terhadap batasan kemampuan manusia mendapatkan apa yang dihajati sangat rasional. Dia tahu bahawa dia tidak akan mdapat mendapatkan semuanya, dia tidak dapat mengelak apa yang akan berlaku kerana kuasa dan ikhtiar manusia adalah terbatas, melainkan dengan kehendak Allah jua.

Sekian, pembaca... jika kita ingin menjadi manusia yang mempunyai criteria psikologi yang sihat, kita keperlu duduk, bertafakkur, bermuhasabah, merenung dalam dalam ke dalam diri sendri tanpa ego, tanpa bias, tanpa mengelak....insayaallh kita akan dapat melihat dalam diri kita sendiri.

Sekian... dari saya untuk saya untuk kita bersama.


For Migraine Sufferer
(Artikel Sumbangan: Inah Kuala, Kaunselor SMK Puteri, Seremban)
1. Read Al fateha (1 x )
2. Read Surah Al Ikhlas (3xs )
3. Read Surah Yassin ayat ke 58
 "Salamun Qaulan Minrabbirrahim" (3xs )
4. Read Selawat (3xs )
Blew it on your palms and put your palms on your head for a while.
Repeat the whole process again.
RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua  hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
 1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
 2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang  
      soleh dan  mencintai Islam
 3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,  kerja
      yang    baik dan  berjaya didunia dan akhirat.
 4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang
     aku dapat  ini.
 5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan 
      munafiq dan  miskin .
 6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat  
      Muhammad yang beriman  kesihatan zahir batin.
 7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua
      hajatku, dan > redhaikanlah aku.....
 AMEEN
 Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda tiada kerugian bahkan
 digalakkan.  Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah  pentas, akhirat tempatnya yang sebenarnya.
 
Terima kasih Sahabatku... Inah Kuala...kerana emailkan panduan ini. Saya sebarkan untuk semua yang memerlukannya. - Wan Zainal
 
Anda yang ingin sumbangkan artikel, sila emailkan kepada nnnal_z@yahoo.com
 

Enter supporting content here