« May 2008 »
S M T W T F S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
My Blog
Thursday, 15 May 2008
PARLIMEN TEMPAT ORANG BERTAMADDUN
Mood:  cool

"Tingkahlaku Ahli Parlimen semasa bersidang di Dewan adalah gambaran tahap ketamaddunan mereka"

Mungkin ada Ahli Parlimen yang merasa diri mereka lebih cerdik, pandai, berkuasa dan lupa asal usul marah dengan kenyataan ini. tetapi...wahai ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan... janganlah marah. Bacalah tulisan ini hingga tamat, sandar baik-baik pada kerusi empuk dalam bilik hawadingin anda, ambil cermin, suluh muka dan suluh hati, buang bongkak dan sombong itu... renung dalam-dalam dalam diri sendiri... renungnya... renung muka anda, renung hati anda wahai Yang Berhormat...

 

kali pertama perbahasan tahun 2008, ahli parlimen dipandang seperti orang tak bertamaddun. Mungkin kerana terkejut kerana tiba-tiba dapat jadi ahli parlimen. Atau terping-pinga dan rasa hendak segera menunjukkan kepada rakyat yang dia boleh bercakap, maka dicakapkan apa yang hendak dicakap, cara bercakap apa peduli... kan aku ni ahli parlimen, siapa nak kacau...

 

Atau ada YB Parlimen ini orang baru, terpinga-pinga dalam dewan besar yang sejuk, terasa nak bag panas... nak mula bercakap bagi pihak rakyat, konon, nak bagi rakyat kata dia lantang memperjuangkan rakyat... maka berbahaslah mereka di Parlimen... maaf... bukan berbahas... bertekak agaknya lebih tepat....

 

orang berbahas biasanya menggunakan bahasa yang lunak, jelas dengan nada yang ampuh menggoda tampa perlu menjerit melalak melolong...menghentak meja, mencelah dengan biadap... itukah agaknya golongan 'highclass"?. Bertamaddun agaknya?


Posted by wanzainal.com at 2:08 AM EDT

View Latest Entries